Malam ini
Kau datang lagi,
Mengetuk pintu kegelapan malam,
Mengetuk pintu kesepian malam,
Sepi yang bertemankan kepekatan malam
Dikala bulan dan bintang membisu dalam cahayanya.
Malam ini,
Kau menyapa rinduku,
Rindu yang membara menjad bara,
Rindu yang bertemankan kesepian,
Biarpun tertawa hanya dalam kepalsuan.
Malam ini,
Malam yang bintang tak bersinar menerangi malam,
Malam ini bulan tak berbual menamani malam
Malam ini Cuma kau yang hadir
Hadir dalam kesamaran tanpa kejelasan.
Khamis, 22 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
hmm...pandai berpuisi..
Bhs yang ringkas dan mudah difahami...
pembaca boleh merasai perasaan ketika penulis berpuisi..
ada potensi untuk menghasilkan yang lbih baik...
saya sukakan unsur bahasanya...
teruskan usaha sahabat...
thanks..
yah..bagus sajak ini..boley bersaing ngan mazwan neyh..
Catat Ulasan