Khamis, 1 Oktober 2009

Hari ini...

hari ini hari yang ku rasakan sangat membebankan.
hari yang aku sendiri pun tidak mengerti.
hari ini aku bangun sekitar jam 6.45 pagi dan rakan sebilik aku masih lagi berada di dalam kulit selimutnya.
hari ini kemungkinan hari yang paling awal aku bangun kerana selalunya aku selalu bangun sekitar jam 7 pagi dan terus berlalu pergi mandi untuk bersedia pergi ke kuliah.

sekitar jam 7 setengah pagi aku turun menuju ke perhentian bau untuk pergi ke kelas kuliah yang bermula jam 8.00 pagi dan aku selalu turun sebelum jam 7.30 jika kelas ku bermula jam8 pagi.
kebetulan, setiba aku di perhentian bas terdapat sebuah bas yang sedang menanti jiwa manusia untuk mengisi perutnya yang masih kosong.
aku memilih tempat duduk ku berdekatan dengan cermin dan nombor 2 dari kerusi hadapan. ini bagi memudahkan aku turun nanti kerana secara kebetulan kelas kuliah aku hari ini di bilik Jauhari fbmk.
kebetulan sebelah tempat duduk aku adalah seorang musafir yang sama dengan aku cuma tempat kami berbeza di mana musafir di sebelah aku datangnya dari asia timur dan aku tidak pasti pula dari negara manakah kerana aku jg malas bertanya perkara yang remeh. setiba di perhentian bas fbnk, aku bergegas tueun dan menuju ke bilik jahuri...

hari ini aku ada 3 sesi kuliah yang bersambung di mana kelas jam 8-10 pagi kelas sejarah rumpun bahasa yang di ajar oleh Dr Abd Rashid Melebek. jam 10-12 kelas kuliah Dr Normaliza yang mengajar kesusasteraan Dalam Multimedia. jam 12-2 ptg pula aku akan mendudukui test bahasa Thai yang susahnyaboleh tahan juga untuk memecahkan kepala ini.

selepas test bahasa thai aku bergegas menuju ke perhentian bas fbmk sekali lagi. selapas hampir setengah jam menunggu bas datang sebuah bas upm tetapi bukan bas yang menyumbatku ke dalam perutnya kerana bas itu tidak sampai ke kolej kediaman aku. 15 minit kemudian sebuah lagi bas upm yang melalui perhentian bas tempat  aku setelah enta berapa ratus sudah kenderaan yang melalui jalan itu. satu persatu manusia dimuntai oleh bas itu dan tiba-tiba kelibatan seorang gadis yang perna aku lihat dahulu ketika kelas Keusahawanan semester lepas dalam kelas Dr Normaliza. aku memerhati gadis kecil itu, dan tanpa aku sedari ia juga sedang memerhatiku. aku senyum padanya dengan penuh keriangan dan harapan. inginku menegur gadis itu tetapi bas itu pula mengangu aku kerana ia hendak bergerak menuju ke distenasi yang seterusnya.

harap-harap, esok hari aku temui kembali gadis yang bertubuh kecil itu agar dapat aku menikmati senyumannya sekali lagi.... hehhehhehhehe......

(cerit ini cuma satu rangka yang belum sempat aku hendak jadikanya sebuah cerpen yang pastinya menarik dan kesudahanya pastinya bukab di hatas kerana aku akan merabusi sesuatu realiti dan fantasi untuk menghasilkan sebuah cerita yang menarik.... tunggu, jangan tidak tunggu. rugi tau....)

Tiada ulasan: