hari ini hari yang indah...
hari yang sangat-sangat bermakna dalam hidupku dalam mengenal erti sebuah kesabaran, hari ini kelas kuliah ku bermula pada jam 8 pagi. kelas pertama ku hari ini kelas sejarah rumpun bahasa melayu yang di ajar oleh Dr abd Rashid Daing Melebek. pensyarah yang berasal dari selatan semananjung Malaysia yang berketurunan Bugis. seperti kebiasaannya, aku sentiasa datang sekitar jam 7 setengah pagi ke kelas dan selalunya akulah orang yang pertama datang ke kelas dan disusuli oleh tiga orang gadis india yang hanya murah senyuman tapi jarang bercakap. Aku juga hanya senyum bila mereka datang tetapi aku tidak bertegur sapa dengan mereka pun. bukan apa tetapi aku malas hendak berbual-bual dengan orang. aku lebih suka di dunia aku sendiri. tanpa gangguan. tenang. sekitar jam 8 suku, Dr Abd Rashid belum masuk lagi ke kelas. selalunya Dr awal 10 minit sblm jarum pendek jam menunjukan ke arah angka 8. kebetulan juga dlm kelas masih ramai yang tak datang. selalunya apabila Dr bertanya kepada pelajar yang lambat datang, lahirlah berbagai-bagai alasan untuk dihidang kepada Dr. jawapan yang melucukan ialah jawapan seorang pelajar perempuan yang berasal dari kelantan. jawapannya memang tidak masuk akal jika difikirakan, apatah lagi ia bukanya budak tdika mahupun budak sekolah rendah atau pun budak sekolah menengah.
"Raziah, kenapa lewat datang Raziah?" tanya Dr kepada salah seorang perempuan itu.
"Saya panaskan enjin moto Dr" jawab perempuan itu dengan delek kelantanya yang pekat dan tanpa rasa kesal mahupun serba salah.
"apa Raziah? takkan panaskan enjin moto pun mcm tu lama, lupakah kelas bermula jam 8 pagi?" tanya Dr itu lagi dengan muka yang sedikit serius.
"Raziah? jam berapa kamu bangun pagi ini? sambung Dr lagi sambil memperbetulkan mikrofon yang semakin menunduk ke bawah seolah-olah takut akan pertanyaan Dr itu...
" bangun awal Dr" jawab perempuan itu ringkas. dan berlalu untuk duduk di tempat selalunya ia duduk. kebetulan pula di sebelahnya juga selalu ponteng kelas juga..
pagi itu, kelas ditiadakan dan di ganti dengan kelas toturial. kelas cuma diadakan sejam walaupun yang sepatutnya kelas ada dua jam.
sekita jam 9 pagi kelas ditamatkan walaupun belum usianya seperti yang selalunya dimatikan tanpa jenazah. aku berlalu mengikut rakan-rakan yang lain keluar meningalkan perut bilik jahuari seorang demi seorang melalui mulut pintu bilik itu.
"zan, ada kelas g ke?" faiz bertanya kepada aku yang belum sempat keluar dari bilik itu.
"o Faiz, ada g kat bilik depan ja hingga jam 12 tengahari pas tu aku ada kelas bahasa Thai g sampai jam 1" jelas aku walaupun tanpa di pinta aku menjelaskannya.
"o, sampai jam 1 ke tak ada rehat?" tanya Faiz lagi yang seolah-olah masih kurang faham dengan penjelasan aku tadi yang tanpa di pintanya.
"ya" aku menjawab dengan ringkas dan malas.
di belakangku masih ramai lagi yang menunggu giliran untuk keluar dari perut bilik juhari. aku memandang ke belakang dan aku melihat seorang gadis yang bertubuh kecil dan dan bertudung labuh biru. aku memandangnya sepintas lalu dan memandang orang yang berada di hadapan aku.
"aduh malasnya." keluhku dalam hatiku. aku berlalu pergi dan terus menuju ke latar siswa di hadapan Dewan Za'ba. Dari jauh aku mengintai-intai kelibat kak Zira dan Kak Noley. Sebab sebelum cahaya mentari membuka jendela kegelapan subuh tadi aku menelefon kak Zira untuk memberitahu hal berkaitan dengan agsmt penistilahan yang belum sempurna.
Masih jelas bermain di mindaku suara kak Zira pagi tadi sewaktu aku menelefonya yang baru bangun tidur. Suara kak Zira tidak selalunya yang lembut. pagi itu suaranya serak dan suaranya juga seperti tidur seperti tuannya.
dari jauh aku cuma melihat Nordin yang baru keluar dari Dewan Za'ba dengan kelas yang aku sendiri pun tak tahu.
" Nordin, kak Zira mana?" tanyaku pada Nordin. Nordin rakan aku yang sejurusan dengan aku iaitu jurusan kesusasteraan melayu. nordin juga mempunya badan yang gemuk dan jika dibandingkan dan aku saiz aku 3 kali ganda baru sama saiz dengannya.
"tak tahu" jawabnya ringkas dan terus berlalu enta kemana hendak perginya.
"ah" budak ni keluh dalam hati.
Dari jauh aku melihat Ruhaya sedang bermesraan dengan kemputer ribanya berwarna hitan jenama Acer. Aku melangkah selangka demi selangkah menuju ke arahnya. Ruhaya duduk di bahagian sudut latar siswa yang berdekatan sengan pentas sebelah jalan raya. Ruhaya berasal dari negeri sembila sedan tekun menekan burang komputer ribanya.
"hi Ruhaya, kak Zira mana? kamu ada nampak tak?" aku bertanya setelah aku melabuhkan punggun aku di kerusi hadapan Ruhaya yang dipisahkan dengan meja.
"kak Zira dan Kak Noley ada kat cafe. napa pula?" Ruhaya bertanya kepadaku.
"tak apa-apa. cuma aku nak beri agsmt Penistilahan ni ja" jawab aku dengan delek sabah ku yang masih sebati dalam bahasa Baku aku. aku memandang di sekeliling aku. aku melihat pelbagai ragam. ada yang sedang sibuk berbual-bual kosong. ada pula yang sibuk dengan komputer riba di hadapan tanpa memperdulikan orang lain dan seolah-olah dunia mereka yang punya dan cuma dia sahaja yang berada di latar siswa itu. di sudut senelah kiri pula aku melihat merpati dua sejoli yang sedang asik memadu kasih tanpa menghiraukan orang yang di sekeliling mereka. pasangan ini saling berpandangan dan mengukir senyuman yang paling manis di dunia tanpa mereka sedari disebalik senyuman itu wujuh hempadu yang sangat pahit dan hanya menanti untuk pecah selain hempedu pahit yang menjadi penghuni dalam senyuman itu wujud juga sebilah pisau yang sangat tajam dan bersedia menoreh hati menjadi luka yang paling sakit.
satu demi satu aku melihat apa yang mereka sedang lakukan. Tanpa aku sedari gadi kecil di hujung senelah kana yang sebaris dengan aku ia duduk sendirian. aku melihatnya sendirian membaca buku. aku mengenalinya tetapi tidaklah semesra seperti kak Zira dan Kak Noley serta kawan-kawan yang lain. akumemerhatikan gerak tanganya dengan sebatan pen yang rancak menari mengikuti alunan tanganya di atas kertas yang seolah-olah pentas untuk pen itu menari. aku memerhati gadis itu tanpa mempedulika orang lain yang di sekeliling aku.
gadis itu mas ih dalam dunianya membaca buku yan aku sendiri pun tidak tahu buku apa yang dibacanya. aku melihat wajah gadis itu putih bersih. wajah gadis itu sangat bersih tanpa ada sebarang tahi lalat yang mengotori. bukan seperti aku, wajah aku penuh dengan tahi lalat yang amat aku sayangi biarpun mama aku pernah membelikan aku ubat untuk membuangnya. aku keberatan membuangnya kerana ia juga lahir bersama-sama dengan aku lahir ke dunia ini. Aku memerhati gadis itu yang masih sibuk menjamah ilmu dalam nuku itu dan bukanya seperti aku yang sedang sibuk melihatnya dari jauh. aku berasa puas apabila aku melihatnya dari jauh walaupun aku tidak berupaya mendekatinya. aku berasa puas apabila dapat menikmati senyumanya dari jauh. Dalam keasikkan aku melihat gadis kecil itu, tanpa aku sedari bahu aku ditepu dari belakang. aku tidak menyedari kehadiran lelaki yang menepuk bahu aku. aku terjaga dari pelayaran lamunan aku yang panjang. Ruhaya yang berada di hadapan aku memerhati aku dengan hairan.
"zan tengok apa tu?" Arif bertanya kepadaku dan dia juga memerhati gadis itu.
"tak adalah Rif, saja tengok gadis tu." jawabku dengan ringkas.
"Rif ada nampak kak zira dan Kak Noley tak?" aku bertanya kepada Arif yang rakan sejurusan dengan aku bagi mengalihkan perbualan dari gadis itu.
"Ai! zan berkenaan ke?" tanya Arif kepada aku tanpa menjawab pertanyaan aku tadi.
aku diam sahaja tanpa sebarang jawapan. aku membisu dan memerhati Ruhaya yang masih lagi bermain dengan butang komputer ribanya.
"Aleh, zan kalau berkenaan aku tolong minta nombor telefonnya" tanya Arif lagi siap dengan menawarkan diri meminta nombor telefon gadis itu, seperti seorang parajurit cina yang menawarkan diri untuk melaksanakan tugas yang penting untuka maharaja cina satu ketika dahulu.
aku tidak menjawabnya. aku membatukan diri. aku ibarat orang yang bisu dan pekak yang tidak boleh bercakap dan mendengar.
"hahaha" Arif tertawa sendirian dan gadis itu memandang ke arah kami. kemungkinan gadis itu memandang ke arah kami kerana terpangil oleh ketawa arif yan taklah kuat sangat.
aku melemparkan senyuman kepadanya, namun tiada sebarang tindak balas dari gadis itu. aku malu kerana terlalu murah dan terburu-buru menjual sebuah senyuman yang manis bagiku tetapi bagi gadis itu senyuman aku sangatlah sumbing.
Arif bertambah mentertawakan aku. Arif mentertawakan aku sehingga matanya hampir tertutupdan menekan-nekan perutnya yang sakit kerana ketawa. aku berasa terhina dengan sahabat baik aku itu. aku menahan muka merah aku dan semua mata yang berada di latar siswa memandang ke arah kami.
" Arif, aku nak pergi kat kantin dulu jap, aku nak beri agsmt ini kat kak zira." aku pun berlalu meninggalkan Arif dan Ruhaya yang masih tekun menekan anak-anak butang komputer ribanya. aku berlalu dari sita sebab aku tidak lagi mahu menjadi bahan ketawaan sahabat baik aku itu gara-gara senyuman aku tidak berbalas.
Dari jauh aku melihat kak zira, kak noley sedang makan dan seorang lagi kawan mereka perempuan. aku mendakati mereka dan duduk di sebelah kak noley yang kerusinya masih kosaon seolah-olah di khaskan untuka aku.
"e, Arizan mari makan" pelawa kak zira mesra dan kak noley memerhatikan aku.
" tak la kak, aku masih kenyang" bukanya aku kenyang tetapi aku tidak biasa makan pagi. minum air panas waktu pagi pun jarang-jarang kecuali di kampung aku minum walau sedikit.
jika aku berada di kampung, aku mesti minum pagi biarpun aku tidak makan. mama aku di kampung seawal jam 5 setengan sudah bangun untuk menyediakan sarapan bagi adik-adik yang akan pergi ke sekolah. sekitar jam 6 aku sudah pulang ke pelabuhan dari pelayaran mimpi indah aku. ini kerana jika aku lewat bangun dari adik-adik aku padanya sentiasa menanti. pernah sekali aku dimandikan oleh adik aku kerana aku lewat bangun dari mereka. aku lewat bangun kerana aku lewat tidur kerana kau membaca Novel karya Salina iaitu bertajuk Bukan Yang Pertama. akibatnya aku basah bersama-sama dengan tilam, selimut dan bilik aku. aku pun bodoh juga kerana terlupa mengunci pintu bilik sebelum tidur. aku terjaga dari dari tidur aku kerana hampir sebeldi yang membanjiri tubuhku. adik-adik aku ketawa terbahak-bahak dan mama aku pula hanya tersenyum.
"ma, tengok dorang ma" aku mengadu dengan mama aku yang sibuk menyediakan sarapan di dapur dengan manja.
" tu la bangun lewat" jawab mam aku dari dapur.
"isss, si B ni suda besar manja lagi dengan mama, B kalau di upm siapa g tempat kau bermanja wo?" adik aku menyindir aku.
sememangnya aku sangat manja dengan ibu aku, walaupun ketika ayah aku masih ada aku lebih manja dengan ibu aku dan apa saja urusan aku akan meminta tolong ibu aku. ayah aku juga seorang yang penyayang. aku masih ingat ketika aku tingkatan 4. dengan keputusan PMR aku yang bolehlah dikatakan baik aku antara lima orang pelajar terbaik PMR sekolah itu, tingkatan 4 di smk tandek juga aku mempoleh markah sains yang paling tinggi keseluruhan tingkatan 4. dengan itu aku layak menerima anugerah pelajar terbaik matapelajaran sains. manakala semasa tingkatan 5 aku sekali lagi mempoleh pelajar terbaik asrama dan telah di beri anugerah. ibu dan ayah sangat gembira dengan kejayaan aku. kegembiraan itu berlarutan dengan keputusan SPM aku yang boleh dikatakan diantara yang terbaik di sekolah itu hinggalah dengan keputusan STPM dan aku masuk ke Universiti Putra Malaysia. kegembiraan di wajah ibu dan ayah aku tidak dapat aku gambarkan. tetapi sayangnya ayah telah pergi buat selamanya pada 21sept 2008.
" arizan agsmt da siap ke?" tanya kak zira mengajutkan aku dari lamunan aku di saat indah bersama keluarga.
( cerita ini hampir 90% hanyalah rekaan semata-mata cuma watak-watak sahaja yang wujud dan tidak berkaitan dengan sesiapa. nanti kita sambung lagi. kita cari jwpn siapa gadis kecil itu..)
Jumaat, 9 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan