Khamis, 22 Oktober 2009

mawar mimpi.

Tika saatnya kau pergi,
pergilah membawa sekuntum mawar mimpi,
dan kejutkanlah aku,
berilah aku sekuntum mawar mimpimu,
Sekuntum mawar mimpi yang takkan layu,
Takkan layu dalam kemarau masa,
biarpun masa belari bagikan mentari pulang ke kamarnya

Malam ini.

Malam ini
Kau datang lagi,
Mengetuk pintu kegelapan malam,
Mengetuk pintu kesepian malam,
Sepi yang bertemankan kepekatan malam
Dikala bulan dan bintang membisu dalam cahayanya.

Malam ini,
Kau menyapa rinduku,
Rindu yang membara menjad bara,
Rindu yang bertemankan kesepian,
Biarpun tertawa hanya dalam kepalsuan.

Malam ini,
Malam yang bintang tak bersinar menerangi malam,
Malam ini bulan tak berbual menamani malam
Malam ini Cuma kau yang hadir
Hadir dalam kesamaran tanpa kejelasan.

Isnin, 19 Oktober 2009

Mawar Putih

Mawar putih,

hadirmu ke alam fana,

bagaikan sekuntum bunga mawar putih,

tumbuh subur di dada bumi,

untuk kau mekar dalam kesyukuran-Nya.


Mawar putih,

dirimu sekuntum mawar putih,

mawar yang indah dipagari duri keimanan,

duri yang menjaga erti kesucian,

untuk kau mekar menabar wangian keimanan,

untuk kau segar dipagi hingga ke petang.


Mawar Putih,

teguhkanlah mawarmu putihmu,

sebagai lambang satu kesucian,

kesucian hati tanpa sempadan,


Mawar putih,

bajailah mawar hatimu,

dengan solat sembayang,

siramilah mawar hatimu,

dengan air sembayang,

biarlah mawarmu mekar dalam keimanan,

jangan biarkan mawarmu mekar dalam kepalsuan.



Mawar putih,

jangan persia-siakan kesucian mawar putihmu,

kerana sekali layu

layulah hingga ke akhirnya,

hingga ke akhir hayatmu,

mawar putihmu takkan mekar lagi,

takkan mekar dalam keimanan

biarpun mekar dalam kepalsuan dunia.

Sabtu, 17 Oktober 2009

seandainya seribu duka dan lara menyelubungi hidup ini, haruskah aku mengalah dan tunduk pada tuntutanya?
kerana seribu duka dan lara dalam satu perjalanan hidup, sekuat mana sekalipun kekuatan embun kesabaran hati bertahan pastikan akan kering dan seterusnya menjadi gersang menjadi sebidang gurun hati yang tak berpenghuni.
adakah hati ini juga akan menjadi gurun yang tandus dan tidakkan menumbuhkan tumbuhanan lagi?

Isnin, 12 Oktober 2009

Aku tak mengimpikan

Aku tidak mengimpikan
Mengapai bintang dilangit
Untuk menyinari hidup di naungan-MU
Aku tidak mengimpikan
Mencari permata di dasar lautan
Untuk menjadikan permata hati

Aku Cuma mengimpikan
Secebis serpihan hati yang suci
Untuk menjadi pelita menerangi dasar hati
Aku cumamengimpikan sebutir permata,
Yang lahir dari kitab suci-Nya.

Aku tahu ombak keraguan hatimu menganas,
Aku tahu sejuta unggas hati bertanya di pantai hati,
Untuk mengatahui gambar itu?

Aku ingin menawan kasih yang suci
Dari hatimu
Kasihyang suci tanpa baying-bayang
Kasih yang sejujur cermin
Kasih yng sentiasa bersinar

Akanku jaga kasih yang suci tanpa baying-bayang
Akanku jaga kasih yang sejujur cermin
Agar tidak pecah menjadi pisau menguris hati.

Niat hatiku ikhlas untuk dirimu
Untuk menjadi permata hati
Untuk mengisi kekosongan dasar lautan hati
Untuk menerangi dasar hari yang sentiasa gelap
Aku berharap hatimu menjadi matahari dalamhatiku
Menerbitkan mentari menerangi segenap dasar hati.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Semalam.

semalam
kau hadir,
kau hadir dalam dunia mayaku,
kau memberikan aku satu kecerian,
keceriaan disaat aku memerlukan kekuatan.

semalam
kau hadir,
kau hadir tanpa aku pinta,
aku senang bersamamu semalam,
biarpun hanya dalam dunia maya,
biarpun kau hadir dalam simbol kata
biarpun aku tidak mendengar suaramu
namun aku sangat senang bersamamu
dalam dunia maya yg kadangkala penuh kepalsuan
dunia.

Masa berlalu berlari.

saat angin berhembus,
terasa dingin menyapa,
mengingatkan kita,
sang mentari akan membuka jendela subuh,
untuk berbakti pada manusia,
biarpun manusia tak perna berbakti kepadanya,
saat itu, masa akan berlalu,
berlalu untuk meninggalkan subuh,
untuk membina waktu yang baru,
namun kita masih diulit mimpi,
masih di masa yang lalu,
biarpun masa berlari terus,
kita masih seperti tugu,
yang diam berdiri teguh,
tanpa berlari mengajar masa,
jauh berlari meninggalkan kita.

hari ini...

hari ini hari yang indah...
hari yang sangat-sangat bermakna dalam hidupku dalam mengenal erti sebuah kesabaran, hari ini kelas kuliah ku bermula pada jam 8 pagi. kelas pertama ku hari ini kelas sejarah rumpun bahasa melayu yang di ajar oleh Dr abd Rashid Daing Melebek. pensyarah yang berasal dari selatan semananjung Malaysia yang berketurunan Bugis. seperti kebiasaannya, aku sentiasa datang sekitar jam 7 setengah pagi ke kelas dan selalunya akulah orang yang pertama datang ke kelas dan disusuli oleh tiga orang gadis india yang hanya murah senyuman tapi jarang bercakap. Aku juga hanya senyum bila mereka datang tetapi aku tidak bertegur sapa dengan mereka pun. bukan apa tetapi aku malas hendak berbual-bual dengan orang. aku lebih suka di dunia aku sendiri. tanpa gangguan. tenang. sekitar jam 8 suku, Dr Abd Rashid belum masuk lagi ke kelas. selalunya Dr awal 10 minit sblm jarum pendek jam menunjukan ke arah angka 8. kebetulan juga dlm kelas masih ramai yang tak datang. selalunya apabila Dr bertanya kepada pelajar yang lambat datang, lahirlah berbagai-bagai alasan untuk dihidang kepada Dr. jawapan yang melucukan ialah jawapan seorang pelajar perempuan yang berasal dari kelantan. jawapannya memang tidak masuk akal jika difikirakan, apatah lagi ia bukanya budak tdika mahupun budak sekolah rendah atau pun budak sekolah menengah.

"Raziah, kenapa lewat datang Raziah?" tanya Dr kepada salah seorang perempuan itu.
"Saya panaskan enjin moto Dr" jawab perempuan itu dengan delek kelantanya yang pekat dan tanpa rasa kesal mahupun serba salah.
"apa Raziah? takkan panaskan enjin moto pun mcm tu lama, lupakah kelas bermula jam 8 pagi?" tanya Dr itu lagi dengan muka yang sedikit serius.
"Raziah? jam berapa kamu bangun pagi ini? sambung Dr lagi sambil memperbetulkan mikrofon yang semakin menunduk ke bawah seolah-olah takut akan pertanyaan Dr itu...
" bangun awal Dr" jawab perempuan itu ringkas. dan berlalu untuk duduk di tempat selalunya ia duduk. kebetulan pula di sebelahnya juga selalu ponteng kelas juga..

pagi itu, kelas ditiadakan dan di ganti dengan kelas toturial. kelas cuma diadakan sejam walaupun yang sepatutnya kelas ada dua jam.

sekita jam 9 pagi kelas ditamatkan walaupun belum usianya seperti yang selalunya dimatikan tanpa jenazah. aku berlalu mengikut rakan-rakan yang lain keluar meningalkan perut bilik jahuari seorang demi seorang melalui mulut pintu bilik itu.
"zan, ada kelas g  ke?" faiz bertanya kepada aku yang belum sempat keluar dari bilik itu.
"o Faiz, ada g kat bilik depan ja hingga jam 12 tengahari pas tu aku ada kelas bahasa Thai g sampai jam 1" jelas aku walaupun tanpa di pinta aku menjelaskannya.
"o, sampai jam 1 ke tak ada rehat?" tanya Faiz lagi yang seolah-olah masih kurang faham dengan penjelasan aku tadi yang tanpa di pintanya.
"ya" aku menjawab dengan ringkas dan malas.
di belakangku masih ramai lagi yang menunggu giliran untuk keluar dari perut bilik juhari. aku memandang ke belakang dan aku melihat seorang gadis yang bertubuh kecil dan dan bertudung labuh biru. aku memandangnya sepintas lalu dan memandang orang yang berada di hadapan aku.
"aduh malasnya." keluhku dalam hatiku. aku berlalu pergi dan terus menuju ke latar siswa di hadapan Dewan Za'ba. Dari jauh aku mengintai-intai kelibat kak Zira dan Kak Noley. Sebab sebelum cahaya mentari membuka jendela kegelapan subuh tadi aku menelefon kak Zira untuk memberitahu hal berkaitan dengan agsmt penistilahan yang belum sempurna.
Masih jelas bermain di mindaku suara kak Zira pagi tadi sewaktu aku menelefonya yang baru bangun tidur. Suara kak Zira tidak selalunya yang lembut. pagi itu suaranya serak dan suaranya juga seperti tidur seperti tuannya.
dari jauh aku cuma melihat Nordin yang baru keluar dari Dewan Za'ba dengan kelas yang aku sendiri pun tak tahu.
" Nordin, kak Zira mana?" tanyaku pada Nordin. Nordin rakan aku yang sejurusan dengan aku iaitu jurusan kesusasteraan melayu. nordin juga mempunya badan yang gemuk dan jika dibandingkan dan aku saiz aku 3 kali ganda baru sama saiz dengannya.
"tak tahu" jawabnya ringkas dan terus berlalu enta kemana hendak perginya.
"ah" budak ni keluh dalam hati.
Dari jauh aku melihat Ruhaya sedang bermesraan dengan kemputer ribanya berwarna hitan jenama Acer. Aku melangkah selangka demi selangkah menuju ke arahnya. Ruhaya duduk di bahagian sudut latar siswa yang berdekatan sengan pentas sebelah jalan raya. Ruhaya berasal dari negeri sembila sedan tekun menekan burang komputer ribanya.
"hi Ruhaya, kak Zira mana? kamu ada nampak tak?" aku bertanya setelah aku melabuhkan punggun aku di kerusi hadapan Ruhaya yang dipisahkan dengan meja.
"kak Zira dan Kak Noley ada kat cafe. napa pula?" Ruhaya bertanya kepadaku.
"tak apa-apa. cuma aku nak beri agsmt Penistilahan ni ja" jawab aku dengan delek sabah ku yang masih sebati dalam bahasa Baku aku. aku memandang di sekeliling aku. aku melihat pelbagai ragam. ada yang sedang sibuk berbual-bual kosong. ada pula yang sibuk dengan komputer riba di hadapan tanpa memperdulikan orang lain dan seolah-olah dunia mereka yang punya dan cuma dia sahaja yang berada di latar siswa itu. di sudut senelah kiri pula aku melihat merpati dua sejoli yang sedang asik memadu kasih tanpa menghiraukan orang yang di sekeliling mereka. pasangan ini saling berpandangan dan mengukir senyuman yang paling manis di dunia tanpa mereka sedari disebalik senyuman itu wujuh hempadu yang sangat pahit dan hanya menanti untuk pecah selain hempedu pahit yang menjadi penghuni dalam senyuman itu wujud juga sebilah pisau yang sangat tajam dan bersedia menoreh hati menjadi luka yang paling sakit.

satu demi satu aku melihat apa yang mereka sedang lakukan. Tanpa aku sedari gadi kecil di hujung senelah kana yang sebaris dengan aku ia duduk sendirian. aku melihatnya sendirian membaca buku. aku mengenalinya tetapi tidaklah semesra seperti kak Zira dan Kak Noley serta kawan-kawan yang lain. akumemerhatikan gerak tanganya dengan sebatan pen yang rancak menari mengikuti alunan tanganya di atas kertas yang seolah-olah pentas untuk pen itu menari. aku memerhati gadis itu tanpa mempedulika orang lain yang di sekeliling aku.
gadis itu mas ih dalam dunianya membaca buku yan aku sendiri pun tidak tahu buku apa yang dibacanya. aku melihat wajah gadis itu putih bersih. wajah gadis itu sangat bersih tanpa ada sebarang tahi lalat yang mengotori. bukan seperti aku, wajah aku penuh dengan tahi lalat yang amat aku sayangi biarpun mama aku pernah membelikan aku ubat untuk membuangnya. aku keberatan membuangnya kerana ia juga lahir bersama-sama dengan aku lahir ke dunia ini. Aku memerhati gadis itu yang masih sibuk menjamah ilmu dalam nuku itu dan bukanya seperti aku yang sedang sibuk melihatnya dari jauh. aku berasa puas apabila aku melihatnya dari jauh walaupun aku tidak berupaya mendekatinya. aku berasa puas apabila dapat menikmati senyumanya dari jauh. Dalam keasikkan aku melihat gadis kecil itu, tanpa aku sedari bahu aku ditepu dari belakang. aku tidak menyedari kehadiran lelaki yang menepuk bahu aku. aku terjaga dari pelayaran lamunan aku yang panjang. Ruhaya yang berada di hadapan aku memerhati aku dengan hairan.
"zan tengok apa tu?" Arif bertanya kepadaku dan dia juga memerhati gadis itu.
"tak adalah Rif, saja tengok gadis tu." jawabku dengan ringkas.
"Rif ada nampak kak zira dan Kak Noley tak?" aku bertanya kepada Arif yang rakan sejurusan dengan aku bagi mengalihkan perbualan dari gadis itu.
"Ai! zan berkenaan ke?" tanya Arif kepada aku tanpa menjawab pertanyaan aku tadi.
aku diam sahaja tanpa sebarang jawapan. aku membisu dan memerhati Ruhaya yang masih lagi bermain dengan butang komputer ribanya.
"Aleh, zan kalau berkenaan aku tolong minta nombor telefonnya" tanya Arif lagi siap dengan menawarkan diri meminta nombor telefon gadis itu, seperti seorang parajurit cina yang menawarkan diri untuk melaksanakan tugas yang penting untuka maharaja  cina satu ketika dahulu.
aku tidak menjawabnya. aku membatukan diri. aku ibarat orang yang bisu dan pekak yang tidak boleh bercakap dan mendengar.
"hahaha" Arif tertawa sendirian dan gadis itu memandang ke arah kami. kemungkinan gadis itu memandang ke arah kami kerana terpangil oleh ketawa arif yan taklah kuat sangat.
aku melemparkan senyuman kepadanya, namun tiada sebarang tindak balas dari gadis itu. aku malu kerana terlalu murah dan terburu-buru menjual sebuah senyuman yang manis bagiku tetapi bagi gadis itu senyuman aku sangatlah sumbing.
Arif bertambah mentertawakan aku. Arif mentertawakan aku sehingga matanya hampir tertutupdan menekan-nekan perutnya yang sakit kerana ketawa. aku berasa terhina dengan sahabat baik aku itu. aku menahan muka merah aku dan semua mata yang berada di latar siswa memandang ke arah kami.
" Arif, aku nak pergi kat kantin dulu jap, aku nak beri agsmt ini kat kak zira." aku pun berlalu meninggalkan Arif dan Ruhaya yang masih tekun menekan anak-anak butang komputer ribanya. aku berlalu dari sita sebab aku tidak lagi mahu menjadi bahan ketawaan sahabat baik aku itu gara-gara senyuman aku tidak berbalas.
Dari jauh aku melihat kak zira, kak noley sedang makan dan seorang lagi kawan mereka perempuan. aku mendakati mereka dan duduk di sebelah kak noley yang kerusinya masih kosaon seolah-olah di khaskan untuka aku.
"e, Arizan mari makan" pelawa kak zira mesra dan kak noley memerhatikan aku.
" tak la kak, aku masih kenyang" bukanya aku kenyang tetapi aku tidak biasa makan pagi. minum air panas waktu pagi pun jarang-jarang kecuali di kampung aku minum walau sedikit.
jika aku berada di kampung, aku mesti minum pagi biarpun aku tidak makan. mama aku di kampung seawal jam 5 setengan sudah bangun untuk menyediakan sarapan bagi adik-adik yang akan pergi ke sekolah. sekitar jam 6 aku sudah pulang ke pelabuhan dari pelayaran mimpi indah aku. ini kerana jika aku lewat bangun dari adik-adik aku padanya sentiasa menanti. pernah sekali aku dimandikan oleh adik aku kerana aku lewat bangun dari mereka. aku lewat bangun kerana aku lewat tidur kerana kau membaca Novel karya Salina iaitu bertajuk Bukan Yang Pertama. akibatnya aku basah bersama-sama dengan tilam, selimut dan bilik aku. aku pun bodoh juga kerana terlupa mengunci pintu bilik sebelum tidur. aku terjaga dari dari tidur aku kerana hampir sebeldi yang membanjiri tubuhku. adik-adik aku ketawa terbahak-bahak dan mama aku pula hanya tersenyum.

"ma, tengok dorang ma" aku mengadu dengan mama aku yang sibuk menyediakan sarapan di dapur dengan manja.
" tu la bangun lewat" jawab mam aku dari dapur.
"isss, si B ni suda besar manja lagi dengan mama, B kalau di upm siapa g tempat kau bermanja wo?" adik aku menyindir aku.
sememangnya aku sangat manja dengan ibu aku, walaupun ketika ayah aku masih ada aku lebih manja dengan ibu aku dan apa saja urusan aku akan meminta tolong ibu aku. ayah aku juga seorang yang penyayang. aku masih ingat ketika aku tingkatan 4. dengan keputusan PMR aku yang bolehlah dikatakan baik aku antara lima orang pelajar terbaik PMR sekolah itu, tingkatan 4 di smk tandek juga aku mempoleh markah sains yang paling tinggi keseluruhan tingkatan 4. dengan itu aku layak menerima anugerah pelajar terbaik matapelajaran sains. manakala semasa tingkatan 5 aku sekali lagi mempoleh pelajar terbaik asrama dan telah di beri anugerah. ibu dan ayah sangat gembira dengan kejayaan aku. kegembiraan itu berlarutan dengan keputusan SPM aku yang boleh dikatakan diantara yang terbaik di sekolah itu hinggalah dengan keputusan STPM dan aku masuk ke Universiti Putra Malaysia. kegembiraan di wajah ibu dan ayah aku tidak dapat aku gambarkan. tetapi sayangnya ayah telah pergi buat selamanya pada 21sept 2008.
" arizan agsmt da siap ke?" tanya kak zira mengajutkan aku dari lamunan aku di saat indah bersama keluarga.

   ( cerita ini hampir 90% hanyalah rekaan semata-mata cuma watak-watak sahaja yang wujud dan tidak berkaitan dengan sesiapa. nanti kita sambung lagi. kita cari jwpn siapa gadis kecil itu..)

Sabtu, 3 Oktober 2009

Iman

senyum manis menghias wajah,
wajah yang bersih satu anugerah,
tanpa kekurangan untuk dunia,
tapi sayang imanmu kurang,
tidak ubah permata dalam kepalsuan.

indah berseri gunung didada yang kau pamerkan,
mengoncang dunia menyetubuhi awan,
bukan tubuh badan menjadi igawan,
tetapi iman menjadi harapan untuk melindungi aurat keimanan,

pergi memakai baju keimanam,
pergi menyelimuti keimanan selimut,
pergi bermekap dengan sembayang,
penuhilah jiwamu dengan keredahan,
dalam mencari seribu ketakwaan.

kaki melangka laju berjalan,
berjalan keseorangan,
isilah langkahmu dengan satu kesyukuran,
kerana telah banyak masa yang kau tinggalkan,
kerana telah banyak dosa kau setubuhkan,
dalam mengajar bayangan keduniaan.

sajak dunia.

inginku belari mengajar mimpi,
mimpi yang bererti membina diri,
membina diri untuk berbakti,
bagaikan bumi berbakti tani.

inginku belai bintang di langit,
bintang yang tinggi bersinar terang,
inginku semai benih kemanusiaan,
agar menjadi satu ketenangan,

merana kasih bumi menghijau,
penuh pahala tak kurang dosa,
pahala dan dosa sedia terhidang,
untuk menjadi santapan manusia hilang.

manusia hilang bukan didunia,
manusia cuma hilang maruah dan pedoman,
sanggup berkasih dengan syaitan,
dalam melawan Allah yang Esa. 

Khamis, 1 Oktober 2009

Hari ini...

hari ini hari yang ku rasakan sangat membebankan.
hari yang aku sendiri pun tidak mengerti.
hari ini aku bangun sekitar jam 6.45 pagi dan rakan sebilik aku masih lagi berada di dalam kulit selimutnya.
hari ini kemungkinan hari yang paling awal aku bangun kerana selalunya aku selalu bangun sekitar jam 7 pagi dan terus berlalu pergi mandi untuk bersedia pergi ke kuliah.

sekitar jam 7 setengah pagi aku turun menuju ke perhentian bau untuk pergi ke kelas kuliah yang bermula jam 8.00 pagi dan aku selalu turun sebelum jam 7.30 jika kelas ku bermula jam8 pagi.
kebetulan, setiba aku di perhentian bas terdapat sebuah bas yang sedang menanti jiwa manusia untuk mengisi perutnya yang masih kosong.
aku memilih tempat duduk ku berdekatan dengan cermin dan nombor 2 dari kerusi hadapan. ini bagi memudahkan aku turun nanti kerana secara kebetulan kelas kuliah aku hari ini di bilik Jauhari fbmk.
kebetulan sebelah tempat duduk aku adalah seorang musafir yang sama dengan aku cuma tempat kami berbeza di mana musafir di sebelah aku datangnya dari asia timur dan aku tidak pasti pula dari negara manakah kerana aku jg malas bertanya perkara yang remeh. setiba di perhentian bas fbnk, aku bergegas tueun dan menuju ke bilik jahuri...

hari ini aku ada 3 sesi kuliah yang bersambung di mana kelas jam 8-10 pagi kelas sejarah rumpun bahasa yang di ajar oleh Dr Abd Rashid Melebek. jam 10-12 kelas kuliah Dr Normaliza yang mengajar kesusasteraan Dalam Multimedia. jam 12-2 ptg pula aku akan mendudukui test bahasa Thai yang susahnyaboleh tahan juga untuk memecahkan kepala ini.

selepas test bahasa thai aku bergegas menuju ke perhentian bas fbmk sekali lagi. selapas hampir setengah jam menunggu bas datang sebuah bas upm tetapi bukan bas yang menyumbatku ke dalam perutnya kerana bas itu tidak sampai ke kolej kediaman aku. 15 minit kemudian sebuah lagi bas upm yang melalui perhentian bas tempat  aku setelah enta berapa ratus sudah kenderaan yang melalui jalan itu. satu persatu manusia dimuntai oleh bas itu dan tiba-tiba kelibatan seorang gadis yang perna aku lihat dahulu ketika kelas Keusahawanan semester lepas dalam kelas Dr Normaliza. aku memerhati gadis kecil itu, dan tanpa aku sedari ia juga sedang memerhatiku. aku senyum padanya dengan penuh keriangan dan harapan. inginku menegur gadis itu tetapi bas itu pula mengangu aku kerana ia hendak bergerak menuju ke distenasi yang seterusnya.

harap-harap, esok hari aku temui kembali gadis yang bertubuh kecil itu agar dapat aku menikmati senyumannya sekali lagi.... hehhehhehhehe......

(cerit ini cuma satu rangka yang belum sempat aku hendak jadikanya sebuah cerpen yang pastinya menarik dan kesudahanya pastinya bukab di hatas kerana aku akan merabusi sesuatu realiti dan fantasi untuk menghasilkan sebuah cerita yang menarik.... tunggu, jangan tidak tunggu. rugi tau....)

Gadis yang suci.

gadis...
lahirmu di dunia adalah suci,
tanpa noda dosa dunia,
ibarat sehelai sutera putih yang tanpa coraknya,

gadis...
minda dan hatimu mencorakkan kesucian dirimu,
hatimu berkuasa bagi mencorakan lukisan kesucian hidupmu,
mindamu menyaring dosa dan pahala yang kau bina,

gadis...
kesucian jiwa dari nikmat duniawi,
menjadi sayapmu untuk terbang ke syurga,
berbulukan solat dan amalmu didunia ini.

gadis...
kerakusan hatimu menodai jiwamu,
menjadi arang membakar dirimu,
berminyakkan maksiat dan dosamu didunia ini.

gadis...
jagalah kesucian tubuh sucimu,
dari pencemaran penorakkan sang lelaki,
yang rakus meratahi gunung kesucian lambang keperawananmu.

Tekanan........

Aduh.....
Tekanan.....
Dari dulu hinggalah ke hari ini....
Tiada juga perubahan...
Dari diperkenalkan beberapa tahum yang lalu hinggalah sekarang...
Membebankan pelajar sahaja....

Sedarkah anda?
Perihatinkah anda?
Masalah uSPOT di kolej-kolej kediaman sentiasa bermasalah.
Dah, beberapa tahun diperkenalkan masalah tetap sama juga.
Wireless uSPOT di kolej sentiasa very low dan kadang-kadang langsung tidak boleh di connection.

Wajarkah ini berlaku di salah sebuah IPTA yang terkemukah di Malaysia?
Bagaimana mahasiswa kita hendak bersaing dengan mahasiswa luar negara jika kemudahan wireless yang disediakan hanya sekadar sebuah kemudahan yang tidak berfungsi dengan sebaiknya dan tidak bersesuaian dengan taraf IPTA tersebut sebagai salah satu IPTA yang terbaik di malaysia iaitu menduduku top 5 IPTA terbaik.

Penyediaan kemudahan ini tak ubah sama seperti memasang pelita hanya di muka pintu tetapi disebaliknya diruang tamu dan bilik-bilik tidur masih lagi gelap-gelita.

Apalah ertinya sebuah kemudahan yang disediakan jika tidak berfungsi sepenuhnya dan tidak ubah hanya sekadar hiasan bagi mengaburi pandangan masyarakat luar. Penyediaan kemudahan yang tidak berfungsi sepenuhnya ibarat mencipta sebuah ruang pembaziran.