Sabtu, 19 September 2009

Siapalah Aku.

siapalah aku,
aku, aku sepertimu sahabat,
jauh ku datang menyeberabgi lautan,
demi mencari sebuku ilmu,
untuk diriku dan keluarga tercinta.

siapalah aku,
aku, aku sepertimu sahabat,
disetiap saat dan waktu,
mendongak ke langit mengharap rahmat-Nya,
dalam perjuangan satu kehidupan.

siapalah aku,
aku, aku sepertimu sahabat,
mengharahkan kasih dari-Nya,
dalam meniti satu titian mencari cahaya,
demi menuju ke jalan yang diredai.

siapalah aku,
aku, aku sepertimu sahabat,
mudah terjatuh dikaki sendiri,
dalam mencari erti kehidupan,
dalam mencari erti kasih sayang dari-Nya,
dalam mencari jalan yang diredai-Nya.

siapalah aku,
aku, aku sepertimu sahabat,
berjalan sendiri di dunia yang fana
dalam mengenal dunia yang sebenar,
dunia yang gelap,
dunia yang terang,
kerana nafsu kita tertipu dalam terlena.

Tiada ulasan: