Ahad, 27 September 2009

Jika kita renungkan perjalanan hidup kita seharian, adakalanya kita akan merasai perjalanan kita masih jauh apatah lagi bagi mereka yang baru berusia di bawah 30-an. Kita selalu mengatakan yang kita masih muda,apabila kita di ajukan dengan soalan yang berkaitan tentang kawin, sembayang atau solat. kita selalu mengatakan " Aleh, saya masih mudalah nak kawin cepat-cepat nak wat apa? Saya masih belum puas hidub membujang" itulah ungkapan atau jawapan yang kita akan berikan. Kita lupa bahawa dunia ini fana dan hidup kita bak daun yang muda pun gugur apatah lagi daun yang kering. Hidup kita di dunia ini hanya seketia, ia cuma satu persingahan sebelum kita meneruskan perjalanan kita yang masih jauh. idup didunia ini ibarat satu pelabuhan bagi kapal-kapal yang berlayar jauh. kapal-kapal yang belayar jauh akan berhenti di setiap pelabuhan bagi mendapatkan bekalan makanan, bekalan minyak ataupun untuk membaiki kapal yang rosak. Begitu juga dengan hidup kita di dunia ini, dunia ini untuk kita menimba bekalan yang secukupnya agar perjalanan kita untuk menghadap-Nya tidak ketandusan dan tidak akan karam di pertengahan jalan. Cuba kita bayangkan bagi kapal yang belayar tanpa berhenti dipelabuhan untuk mendapatkan makanan atau membaiki bahagian kapal yang rosak, sudah tentu kapal itu akan karam dan anak-anak kapal serta nakodahnya juga akan mati kelaparan.

selain itu, kita juga kadangkala berangapan hidup ini hanya untuk berseronok. Seronok itu hanya seketika. Ini kerana keseronokan itu boleh datang dan pergi. keseronakan juga boleh dibeli dengan wang ringgit tetapi keseronankan itu juga boleh dibunuh bersenjatakan wang ringgit. Tidak dinafikan setiap insan yang melakonkan wataknya di pentas dunia ini inginkan keseronakan hidup, tetapi apa ertinya jika keseronakan yang kita nikmat hanyalan hidangan kesoronakan yang seketika dan apabila masa berjalan dari timur ke barat kita akan berasa lapar kembali kerana keseronakan itu telah pergi bersetubuh dengan waktu untuk meninggalkan kita. Sedangkan keseronakan yang sepatutnya kita cari keseronakan untuk yang kekal kita miliki dan kita boleh membawanya sehingga ke bilik yang berdindingkan tanah yang mulia tanpa masa boleh menyetubui keseronakan itu. Carilah keseronakan yang diredai-Nya, kerana keseronakan yang diredai-Nya akam menjadi milik kita yang kekal..... PENGEMIS KOTA MARUDU (UPM)

Tiada ulasan: